Thursday, 11 October 2012

Thursday, 11 October 2012

Doa dan Wasiat


  1. |Serumpun 2012|"Selangkah Kata Serumpun Karya"|24 Hari lagi|


    Doa dan Wasiat

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi kaya
    kerana kaya akan
    membencinya orang tak punya

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku

    menjadi senang
    kerana senang akan
    menyesatkan jalan pulang

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi orang berkuasa
    kerana yang berkuasa akan
    merampas kebebasan manusia

    Aku tidak berdoa untuk anak-anakku
    menjadi orang terhormat
    kerana mereka akan
    membohongi isteri dan pengundinya

    Aku hanya berdoa untuk anak-anakku
    bahagia di dunia sentosa di akhirat
    kerana bahagia di dunia
    tak merampas wang ahli neraka
    sentosa di akhirat
    tak mencabut bahagia ahli syurga.

    Suratman Markasan
    Washington DC
    25 September 198

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates